Melayu Pulau Pinang

Melayu Pulau Pinang
Pertahankan Hak Melayu

PELAWAT

Friday, September 24, 2010

JAMUAN HARI RAYA UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM

Salam 1 Malaysia....

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Umno Bahagian Bukit Mertajam telah diadakan pada 18hb September 2010. Tidak seperti biasa kali ini majlis diadakan pada sebelah malam bermula dari pukul 9.00 malam. Alhamdulillah, tidak disangka lebih dari 3000 pengunjung berbilang bangsa telah menghadiri majlis ini, menjadikan majlis ini begitu meriah daripada sebelumnya.

Turut hadir ke majlis ini ialah Ketua-ketua Umno Bahagian seperti Ketua Bahagian Bayan Baru Dato' Rahim Saibu, Dato' Jalil Bhg Permatang Pauh, En Razak Bhg Jelutong, Dato' Nordin Kassim Bhg. Batu Kawan dan ramai lagi.


Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional, YB Dato' Azhar, YB Roslan Saidin dan YB Ariff Shah turut hadir bagi menunjukkan sokongan dan memeriahkan lagi majlis ini.


Rakan-rakan dari komponen Barisan Nasional, spt MCA, GERAKAN, MIC dan PPP juga tidak ketinggalan bersama-sama di majlis ini.

Saya dapati sambutan kali ini sungguh menakjubkan dan ia memberi petunjuk bahawa rakyat telah kembali bersama Umno dan Barisan Nasional.

Saya menyeru agar semua pucuk pimpinan dalam Parti Kompenan BN Pulau Pinang agar turun ke padang mendekati rakyat untuk memberi khidmat kepada rakyat dan saya yakin kita akan dapat menawan kembali hati mereka dan sebagai balasan sudah pasti kita akan mendapat sokongan yang menakjubkan pada PRU 13 nanti.

Wasallam,
Datuk Musa Sheikh Fadzir.